Cari jawapan kepada sebarang persoalan mengenai laman web anda, akaun anda, tempoh percubaan percuma atau pembayaran.

1. Adakah sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk Percubaan PERCUMA selama 30-hariSimpleSite?
Ya. Sesiapa sahaja boleh mendaftar langganan PERCUMA selama 30 hari. Selepas itu, anda boleh memutus sama ada anda hendak membeli langganan SimpleSite.

2. Berapakah harga langganan SimpleSite tersebut?

Anda boleh pilih dari beberapa jenis langganan SimpleSite:

Sebulan $12.00
Tiga bulan $31.00
Satu tahun $99.95

Sekiranya anda membeli domain, kos laman web anda ialah:

1 bulan: $14.00
3 bulan: $36.00
1 tahun: $119.95

3. Apakah yang disertakan dalam langganan SimpleSite tersebut?
Langganan SimpleSite anda termasuklah satu laman web berserta 40 halaman dan album foto. Laman web tersebut mempunyai ruang untuk memuatkan sejumlah 300 gambar dan 10 minit video, yang anda boleh agihkan pada 40 laman web. Anda akan mendapat kefungsian penuh dan akses sepenuhnya SimpleSite, termasuklah tema, templat, buku pelawat dan ciri-ciri gambar, seperti gelembung ucapan.

4. Bagaimanakah jika saya mahu lebih banyak halaman atau gambar pada laman web saya?
Anda boleh membeli pakej tambahan untuk menambah 20 halaman, 200 gambar dan 20 minit video ke laman web anda. Bagi kebanyakan pengguna, pakej asas sudah memadai, kerana mereka boleh memadam dan menukar halaman, gambar dan video pada bila-bila masa. Sekiranya anda ingin membeli pakej ekstra untuk 20 halaman ekstra, 200 foto ekstra dan 20 minit video ekstra, harga tambahan adalah cuma $35.00 untuk 3 bulan termasuk halaman tambahan, gambar dan video. setiap suku tahun.

5. Saya mahu memperbaharui langganan saya.

Sila klik di sini untuk pergi ke halaman langganan SimpleSite .

6. Apakah yang akan berlaku apabila langganan percubaan percuma saya telah tamat tempoh?
Sekiranya anda masih belum membeli perkhidmatan tambahan semasa tempoh percubaan, langganan percuma anda akan tamat tempoh secara automatik. Anda boleh memilih untuk meneruskan langganan. Sekiranya anda TIDAK ingin untuk meneruskan langganan, laman web anda akan ditutup dan halaman anda tidak akan dijumpai di Internet. Walaubagaimanapun, laman web anda akan disimpan selama tiga bulan selepas langganan anda tamat tempoh, seandainya anda ingin memulihkannya.

Sekiranya anda ingin meneruskan langganan anda, sila daftar masuk dan memilih jenis langganan yang anda inginkan.

7. Apakah yang akan berlaku apabila langganan berbayar saya telah tamat tempoh?
Kami menyediakan perkhidmatan memperbaharui laman web secara automatik menerusi Perkhidmatan Pembayaran SimpleSite. Sekiranya anda tidak ingin untuk memperbaharui langganan, anda boleh meminta bayaran balik daripada perkhidmatan pelanggan dalam tempoh 14 hari dan selepas itu anda dikehendaki untuk memadam laman web anda.

Jika kami tidak berjaya memperbaharui langganan anda secara automatik, kami akan memberitahu anda melalui e-mel dan memberikan arahan mengenai langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk membuat pembayaran pembaharuan secara manual.

8. Bagaimanakah caranya untuk memperbaharui langganan saya?
Sila login laman web anda dengan nama pengguna and kata laluan anda. Teruskan ke “Langganan anda” dan klik “Perbaharui langganan anda”.

Sekiranya anda sudah berdaftar dengan Perkhidmatan Pembayaran SimpleSite, langganan anda akan diperbaharui secara automatik.

9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mahu memperbaharui langganan berbayar saya?
Sekiranya anda tidak mahu memperbaharui langganan bayaran anda, sila daftar masuk ke laman web anda dan klik “Padam dan menutup laman web”. Semua kandungan di laman web anda akan dipadam dan ia tidak akan diperbaharui lagi.

Anda juga boleh menulis kepada perkhidmatan pelanggan dan memberitahu mereka bahawa anda tidak berminat untuk menyimpan laman web tersebut, kami akan memadamkan halaman anda dan menghentikan semua pembayaran pembaharuan langganan pada masa depan.

Sekiranya anda telah dicaj secara automatik melalui Perkhidmatan Pembayaran SimpleSite dan anda tidak mahu memperbaharui langganan sedia ada, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

10. Bagaimana pula dengan nama domain laman web dan akaun e-mel?
Di SimpleSite, ia adalah mudah untuk mendapatkan nama domain laman web peribadi anda sendiri.

Domain SimpleSite anda adalah www.namaanda.com dan bukannya namaanda.SimpleSite.com. Di samping itu, anda boleh mendaftar sebanyak lima alamat e-mel peribadi dengan nama laman web anda sendiri.

11. Apakah cara pembayaran untuk langganan SimpleSite?
Anda boleh membayar untuk langganan SimpleSite secara online di www.SimpleSite.my. SimpleSite menawarkan sistem pembayaran yang selamat untuk bayaran online.

12. Saya telah membuat pembayaran, namun laman web SimpleSite masih belum boleh diakses. Kenapa?
Ada kemungkinan kami masih belum mendaftarkan pembayaran yang telah dibuat. Sekiranya proses pembayaran yang dibuat tidak mengalami sebarang masalah dan SimpleSite masih belum boleh diakses secara online, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan SimpleSite secepat yang mungkin dengan menghantar e-mel kepada khidmatPelanggan@simplesite.my.

Kami akan akan cuba sedaya upaya untuk membalas semua e-mel yang diterima dalam tempoh 24 jam. Sila ambil perhatian bahawa laman web SimpleSite anda mungkin telah ditutup oleh kami, ekoran tidak mematuhi syarat kandungan seperti yang diterangkan dalam Terma dan Syarat.

Sila klik di sini untuk membaca Terma & Syarat kami.

13. Bolehkah saya menutup dan memadam laman web saya sepenuhnya?
Ya. Anda boleh membatal dan memadam laman web [123hjemmeisde] pada bila-bila masa. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mendaftar masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan. Anda akan menemui satu kotak kuning dengan butang merah “Padam laman web” di sebelah kanan halaman langganan anda. Sila klik butang tersebut dan laman web SimpleSite anda akan ditutup dan dipadam dengan serta-merta

14. Laman web saya tidak boleh lagi diakses melalui online. Kenapa?
Mungkin anda masih belum memperbaharui langganan atau kami masih belum menerima pembayaran anda. Sekiranya anda telah memperbaharui langganan dan telah membuat pembayaran lebih dari 24 jam yang lalu, sila hubungi perkhidmatan pelanggan SimpleSite dengan menghantar e-mel kepada khidmatPelanggan@simplesite.my.

15. Berapa lamakah masa yang diberikan untuk saya memperbaharui langganan sebelum tarikh tamat tempoh?
Anda boleh mendaftar masuk dan memeriksa status langganan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh melihat berapa hari lagi yang masih tinggal. Kami mengesyorkan agar anda memperbaharui langganan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ia tamat tempoh. Kami akan menambah tempoh langganan baru kepada bilangan hari yang masih tinggal ke atas langganan semasa anda.

16. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlewat membuat pembayaran?
Laman web anda akan ditutup selepas tarikh tamat tempoh. Walau bagaimanapun, dalam masa 90 hari, anda boleh log masuk untuk melihat laman web anda menggunakan SiteEditor dan membeli langganan baru, supaya anda boleh mengaktifkan semula laman web anda. Ini boleh dilakukan kerana kami menyimpan keseluruhan laman web anda selama 90 hari selepas tarikh tamat tempoh. Anda boleh mengaktifkan semula laman web anda jika anda mendaftar dan memperbaharui langganan SimpleSite dalam tempoh 90 hari.

17. Saya menerima sijil hadiah SimpleSite. Apakah cara untuk menebusnya?
Sekiranya anda menerima sijil hadiah SimpleSite dan ingin menggunakannya untuk mewujudkan laman web yang baru, sila klik pautan ini dan ikuti arahan yang diberikan:

Sila klik di sini untuk menebus sijil hadiah SimpleSite.

18. Bolehkah saya memperbaharui langganan semasa dengan sijil hadiah?
Boleh, hanya jika sijil hadiah SimpleSite yang anda terima mempunyai pilihan tersebut. Seterusnya, anda boleh daftar masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda dan di bahagian "Kedai & Hadiah", anda akan menemui butang "Perbaharui menggunakan sijil hadiah". Sila klik butang tersebut dan masukkan nombor atau katakod daripada sijil hadiah anda.

19. Apakah Terma dan Syarat bagi langganan percubaan dan langganan berbayar untuk SimpleSite.my?
Sila klik di sini untuk membaca Terma dan Syarat kami.

Soalan-soalan mengenai penggunaan awam SimpleSite.

1. Bolehkah sesiapa sahaja melihat laman web SimpleSite saya?
Ya dan tidak. Laman web anda TIDAK dilindungi dengan kata laluan. Ini bermakna bahawa semua orang yang menerima jemputan e-mel untuk melawat laman web anda boleh melihatnya. Pada dasarnya, bagi mereka yang mengetahui pautan alamat laman web anda akan berjaya mencarinya. Kami mengesyorkan agar anda sentiasa berhati-hati apabila meletakkan sebarang maklumat di laman web anda. Cuba elak daripada meletakkan maklumat yang sulit, yang boleh menyinggung perasaan orang lain atau yang tidak sesuai untuk tatapan umum. Adalah suatu kebiasaan bagi kebanyakan orang menjumpai laman web anda menerusi enjin carian seperti Google atau Yahoo, yang menyimpan indeks bagi semua laman web.

2. Adakah SimpleSite menyimpan gambar-gambar saya?
Ya, namun begitu kami menyimpannya dalam saiz dan format yang berbeza daripada saiz dan format yang asal. Kami memproses gambar tersebut menjadi lebih kecil agar masa muat turun yang diambil oleh para pelawat akan menjadi lebih cepat.
Ini bermakna anda tidak seharusnya menjadikan SimpleSite sebagai satu-satunya tempat untuk menyimpan gambar dan memadamnya daripada komputer anda. SimpleSite adalah tempat yang dikhususkan untuk memaparkan gambar dan bukannya sebagai tempat simpanan.

Gambar yang disimpan di komputer anda adalah yang asal, seperti juga dengan filem negatif yang diperolehi dari kedai memproses foto, manakala gambar yang dipaparkan di laman web SimpleSite adalah seperti cetakan, jadi jika apa-apa berlaku kepada laman web SimpleSite, anda masih lagi mempunyai salinan yang asal di komputer anda.

3. Adakah terdapatnya pengiklanan di laman web saya?
Laman web anda adalah bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan atau penajaan. Itulah sebabnya kami mengenakan sedikit yuran tahunan bagi menggunakan kemudahan SimpleSite.

4. Mengapakah saya perlu membayar untuk laman web SimpleSite walaupun tempoh percubaan telah tamat?
Kami telah membuat keputusan bahawa laman web yang diwujudkan dengan SimpleSite adalah bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan atau penajaan. Atas dasar ini, kami mengenakan sedikit yuran tahunan bagi menggunakan kemudahan SimpleSite.

5. Saya tidak menerima buletin SimpleSite. Mengapakah ini berlaku?
Sila pastikan bahawa alamat e-mel yang anda berikan adalah sah dan betul. Untuk memastikannya, sila log masuk dan klik "Langganan anda." Di halaman langganan, sila semak dan edit maklumat yang anda berikan sewaktu mendaftar dengan SimpleSite.my.

6. Bolehkah saya membuat templat sendiri untuk laman web SimpleSite?
Harap maaf, kemudahan ini masih belum disediakan. Anda hanya boleh menggunakan templat sedia ada yang SimpleSite.my tawarkan untuk anda. Walau bagaimanapun, kemudahan ini bakal ditawarkan di masa yang akan datang.

7. Saya terlupa kata laluan saya. Apakah yang harus saya lakukan?
Sila berikan nama pengguna dan kami akan menghantar e-mel yang mengandungi kata laluan tersebut kepada anda. Sila klik di sini untuk menerima kata laluan menerusi e-mel.

8. Apakah alamat laman web saya di Internet?
Sewaktu anda mendaftar untuk laman web SimpleSite, kami akan meminta agar anda memberikan maklumat mengenai nama pengguna dan kata laluan. Nama pengguna yang diberikan juga merupakan nama kepada laman web anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda memilih “Caulfields” sebagai nama pengguna, maka
alamat laman web anda adalah arathi.SimpleSite.com

9. Sekiranya saya membeli lebih daripada satu laman web SimpleSite, adakah saya mendapat sebarang diskaun?
Tidak; yuran langganan yang dikenakan adalah amat berpatutan, jadi kami tidak dapat menawarkan sebarang diskaun.

10. Bolehkah saya menukar nama laman web SimpleSite saya?
Anda boleh menukar nama laman web SimpleSite anda. Sebagai contoh, anda boleh menukar arathi.SimpleSite.com kepada bashini.SimpleSite.com.

Perlu diingat: Sekiranya anda menukar nama laman web, anda akan menggunakan nama yang baru ini sebagai nama pengguna, yang anda gunakan untuk mendaftar masuk. Anda boleh menukarnya di bawah “Langganan anda” selepas anda daftar masuk.

11. Saya ingin membatalkan langganan dan memadam laman web SimpleSite, supaya sesiapapun tidak dapat melihatnya. Bagaimanakah caranya?
Anda boleh membatal dan memadam laman web SimpleSite pada bila-bila masa. Apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda. Sila klik “Langganan anda” dan seterusnya klik “Batal langganan dan padam laman web.” Nota: Kami tidak membayar rebat terhadap baki tempoh atau jumlah langganan anda.

12. Bolehkah saya mengubah saiz foto saya?
Tidak, saiz gambar anda secara automatik ditetapkan oleh templat laman web yang anda pilih.

13. Bolehkah saya menyunting dan memadam entri di buku pelawat saya?
Ya, sila daftar masuk ke SimpleSite.my dan klik butang “Edit” untuk buku pelawat anda. Anda boleh melihat semua kandungannya dan memadam sebarang maklumat yang tidak diingini.

14. Bolehkah saya menggunakan laman web SimpleSite untuk tujuan komersil?
Ya, anda boleh menggunakan SimpleSite untuk tujuan komersil, selagi kandungan laman web anda mematuhi Terma & Syarat. Nota: Kami tidak membenarkan pemilik laman web untuk menjual semula laman web SimpleSite mereka atau nama laman web SimpleSite kepada orang lain.

Anda tidak dapat mencari jawapan kepada soalan anda?

Sila e-melkan soalan anda kepada perkhidmatan pelanggan kami: khidmatPelanggan@simplesite.my

Nota: Sekiranya anda merupakan pengguna SimpleSite, sila sertakan alamat laman web
SimpleSite di dalam e-mel anda.