Terma dan Syarat SimpleSite

TERMA & SYARAT PEMBELIAN LANGGANAN ATAU PERKHIDMATAN SimpleSite

Sila baca terma dan syarat yang berikut bagi pembelian produk online SimpleSite serta perkhidmatan laman web dengan teliti sebelum menggunakan laman web SimpleSite atau membeli produk SimpleSite secara online. Dengan menggunakan produk SimpleSite dan bersetuju untuk membeli langganan perkhidmatan laman web, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat tersebut anda dikehendaki untuk tidak menggunakan produk online serta perkhidmatan laman web SimpleSite.

MAKLUMAT SYARIKAT

123website SALB ApS (merujuk kepada "SimpleSite")
Toldbodgade 31, 3. tv.
DK-1253 KĂžbenhavn K
CVR: 34212163
Tlf: +45 33 32 17 12
Faks: +45 33 32 17 14
E-mel: khidmatPelanggan@simplesite.my

Penerangan mengenai produk yang dibeli, harga produk serta tempoh langganan adalah dinyatakan pada masa pembelian.

PEMBAYARAN

Langganan SimpleSite anda telah ditetapkan untuk diperbaharui secara automatik pada harga langganan biasa bagi memastikan perkhidmatan laman web anda tidak terganggu dan tidak tamat tempoh. Ini bermakna anda akan dikenakan bayaran secara automatik 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh langganan anda.

Anda boleh membatalkan perkhidmatan pembaharuan automatik pada bila-bila masa dengan mengklik pada tab menu "Langganan Anda", apabila anda log masuk ke SimpleSite. Tarikh terakhir untuk membatalkan pembaharuan secara automatik dan mengelakkan daripada dikenakan caj di masa depan adalah 10 hari sebelum tarikh tamat langganan laman web anda.

Hanya pelanggan SimpleSite yang sah sahaja boleh membeli nama domain untuk laman web SimpleSite. Apabila anda membeli nama domain, perkhidmatan pembaharuan automatik SimpleSite akan diaktifkan.

Ada kalanya SimpleSite tidak dapat memperbaharui langganan anda secara automatik. Sekiranya kami tidak dapat memperbaharui langganan anda secara automatik kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel 10 hari sebelum langganan anda tamat. Anda akan diminta untuk log masuk ke SimpleSite dan membuat bayaran bagi tempoh langganan yang akan datang.

Anda boleh menyemak bayaran sebelumnya dan mencetak invois dengan mengklik "Langganan Anda" apabila anda log masuk ke SimpleSite.

PRODUK, PERKHIDMATAN DAN AKSES

Sebagai pelanggan SimpleSite anda diberi akses ke platform SimpleSite apabila SimpleSite telah mendaftarkan bayaran anda. Apabila bayaran dibuat menggunakan sistem bayaran online contohnya kad kredit, anda akan diberikan akses sebaik sahaja bayaran anda telah disahkan. Kaedah bayaran yang lain mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diproses sebelum akses diberikan.

Pelanggan SimpleSite berhak untuk membatalkan langganan dalam masa 14 hari selepas ia dibeli. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan atau produk dalam tempoh 14 hari tersebut, maka hak pembatalan adalah tidak sah.

Tuntutan pampasan tidak boleh melebihi harga langganan asal. Sila ambil perhatian bahawa produk yang dibeli online adalah hanya untuk digunakan oleh pelanggan dan ia tidak boleh dikongsi atau dipinjamkan menggunakan perkongsian kata laluan, dipindahkan, dijual semula atau dalam apa juga cara pengedaran yang lain.

SimpleSite berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan mana-mana pembelian produk online sekiranya SimpleSite mendapati bahawa pihak ketiga menggunakan tawaran promosi bagi mendapatkan keuntungan kewangan atau komisen.

Masa gangguan bermaksud tempoh perkhidmatan online SimpleSite tidak boleh diperolehi atau ketersediaan adalah terhad. SimpleSite tidak menjamin ketersediaan perkhidmatan dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang gangguan atau kesukaran mendapatkan perkhidmatan, yang boleh berlaku atas sebab-sebab kemas kini dan penyelenggaraan. Tambahan pula SimpleSite tidak bertanggungjawab bagi sebarang gangguan disebabkan oleh penyedia pihak ketiga, dan lain-lain pembekal internet atau yang disebabkan oleh Force Majeure.

SimpleSite berhak untuk menukar Terma dan Syarat tersebut. SimpleSite berhak untuk mengubah harga langganan dengan memberikan notis sekurang-kurangnya lima belas (15) hari. Kami berhak untuk meminta anda menukar butiran log masuk anda sama ada untuk keselamatan atau atas sebab-sebab yang lain.

Aduan

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Khidmat Pelanggan kami, sila menghantar semula aduan anda termasuk jawapan dari Khidmat Pelanggan dan sebab anda tidak bersetuju dengan keputusan mereka.

Sila hantar aduan anda kepada complaint@SimpleSite.my.

Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, kami meminta anda menghantar aduan melalui alamat e-mel sama seperti yang digunakan untuk menghubungi khidmat pelanggan.

Sila ambil perhatian bahawa hanya kes-kes yang telah dijawab oleh Khidmat Pelanggan saja akan diterima oleh bahagian aduan kami. Semua pertanyaan lain akan dikemukakan kepada Khidmat Pelanggan kami pada khidmatPelanggan@SimpleSite.my.

Sila tunggu sehingga 3 hari bekerja untuk mendapat jawapan dari bahagian aduan.

Jika anda adalah warganegara EU dan berasa perkhidmatan kami tidak menepati jangkaan anda, anda juga boleh membuat aduan kepada Penyelesaian Pertikaian Online EU - http://ec.europa.eu/consumers/odr/.

TERMA DAN SYARAT untuk menggunakan produk SimpleSite

Anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan selaras dengan perjanjian ini, dan anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap dalam hal-hal berkaitan dengan penghasilan laman web SimpleSite anda.

SILA AMBIL PERHATIAN: Produk SimpleSite anda disediakan di dalam situasi di mana ia tidak boleh digunakan untuk menyiarkan atau menyokong sebarang kandungan yang boleh menyinggung mana-mana pihak atau yang seumpama dengannya. Ini termasuklah penghantaran e-mel tanpa izin yang bersifat komersil, penghantaran e-mel pukal, menyiarkan ucapan berbentuk fitnah, pengedaran virus Internet, cecacing, kuda Trojan dan lain-lain aktiviti yang merosakkan, bahan-bahan pornografi, kandungan dewasa, ugutan atau perkataan kesat. Anda tidak akan melanggar sebarang undang-undang apabila menggunakan perkhidmatan tersebut. Semua kandungan yang SimpleSite fikirkan berbentuk tidak sesuai akan dipadam serta merta dengan tidak memberikan sebarang notis tanpa mengira status langganan produk atau perkhidmatan SimpleSite anda. SimpleSite tidak akan memberikan sebarang pampasan terhadap laman web SimpleSite yang telah ditamatkan akibat melanggar terma di atas.

Anda bersetuju bahawa tidak akan menggunakan produk SimpleSite anda untuk mendapatkan kata laluan atau maklumat peribadi lain dari pihak ketiga untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau bagi tujuan penipuan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyamar sebagai mana-mana pihak atau entiti atau mengelirukan hubungan anda dengan mana-mana pihak atau entiti. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mewujudkan atau menghantar "spam".

Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kandungan (data, teks, perisian, muzik, bunyi, imej, gambar, grafik, video, mesej, fail atau apa-apa jenis kandungan lain) yang anda siarkan pada laman web SimpleSite dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kandungan tersebut tidak melanggar undang-undang hakcipta tempatan atau antarabangsa dalam apa juga cara. SimpleSite tidak memantau atau menyemak kandungan dan tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara terhadap kualiti atau sifat kandungan yang anda siarkan. SimpleSite tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang anda siarkan pada laman web SimpleSite dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa tuntutan oleh anda atau mana-mana pemilik kandungan pihak ketiga.

Sekiranya kandungan anda tidak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan, anda bebas untuk menyiarkan pautan kepada laman web SimpleSite anda di mana sahaja yang anda pilih dan tiada sekatan penerbitan terhadap laman web SimpleSite anda. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web SimpleSite anda untuk memaparkan gambar-gambar yang disiarkan di laman web pihak ketiga.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga atas kehilangan atau penyalahgunaan kandungan, atau untuk kerugian kewangan secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan sebarang penyalahgunaan kandungan dalam apa jua bentuk.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kata laluan anda, sama ada disebabkan oleh kecuaian, atau dengan kata laluan atau SimpleSite digodam.

SimpleSite berhak untuk memberikan kebenaran kepada pihak polis atau mahkamah akses terhadap kandungan yang anda siarkan di laman web SimpleSite anda. Sekiranya SimpleSite percaya bahawa laman web SimpleSite mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan (seperti pornografi kanak-kanak dan lain-lain) atau memudahkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, SimpleSite berhak untuk menggantung atau menamatkan laman web SimpleSite anda tanpa sebarang notis dan akan memaklumkan kepada pihak polis mengenai kandungan/aktiviti yang menyalahi undang-undang dan juga identiti anda.

SimpleSite berhak untuk menamatkan atau menggantung akses kepada perkhidmatan kami dan/atau menyekat laman web anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

SimpleSite berhak untuk memadam SimpleSite yang tidak aktif berserta semua kandungan yang disiarkan 3 bulan setelah langganannya telah tamat tempoh. Ini bermakna bahawa pemilik laman web SimpleSite mempunyai tempoh selama 3 bulan untuk memperbaharui langganan setelah tamat tempoh.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan secara langsung atau secara tidak langsung atas sebarang kehilangan yang berkaitan dengan penamatan atau pemadaman laman web SimpleSite. SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan disebabkan perkhidmatan SimpleSite tidak boleh diperolehi secara keseluruhan atau sebahagian..

Sekiranya anda telah mewujudkan langganan percubaan SimpleSitesecara percuma melalui pihak ketiga, contohnya yang berkaitan dengan langganan majalah atau kelab, terma dan syarat di atas berkenaan dengan tarikh tamat dan bayaran mungkin tidak sah. Sila semak terma dan syarat langganan percubaan oleh pihak ketiga.

Domain

Domain adalah tertakluk kepada terma dan syarat tambahan dan berasingan yang dinyatakan oleh network information center(NIC) atau pendaftar. Jika anda gagal mematuhi terma dan syarat yang berasingan anda mungkin kehilangan pemilikan dan penggunaan mana-mana domain yang telah dibeli dan SimpleSite tidak boleh dipersalahkan untuk kerugian ini. Terma dan syarat berasingan termasuk peruntukan mengenai syarat-syarat mengenai pemindahan dan pengurusan domain anda serta kewajiban anda untuk memberi maklumat perhubungan yang betul dan sah. Baca lebih

Peraturan ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers)

Fasal ICANN

Polisi Pemulihan Pendaftaran Tamat Tempoh ICANN (ERRP)

Jika domain anda telah tamat tempoh, ia akan berada dalam Tempoh Pembaharuan Automatik (untuk 0-45 hari), diikuti dengan 30 hari Tempoh Penebusan. Pada akhir Tempoh Penebusan, anda tidak dapat memperbaharui nama domain anda lagi. Nama domain anda akan dibebaskan untuk pendaftaran oleh pihak ketiga.
Tempoh penebusan diwujudkan untuk memberikan pemilik domain satu peluang terakhir untuk mengekalkan nama domain mereka sebelum ia menjadi bebas untuk umum. Tetapi kos mendapatkan semula domain dalam tempoh penebusan ialah $100 USD. Baca lanjut