Apa yang diperlukan?
Untuk menjadi rakan kongsi, anda perlu mempunyai hak media bagi sesebuah majalah, penerbitan, laman web atau yang seumpama dengannya yang memiliki 10,000 pengguna atau pembaca sebulan. Sekiranya anda mempunyai bilangan pengguna yang ramai, kami boleh mewujudkan satu versi label putih dengan penjenamaan anda, yang pastinya akan menambah nilai kepada perkongsian tersebut.
Bagaimana ia berfungsi?
Anda akan mendapat PR penuh dan pakej pemasaran, termasuklah bahan-bahan pengiklanan, seperti salinan, grafik dan sepanduk. Kami juga akan berkongsikan katalog idea berdasarkan kerjasama dengan pihak lain berserta beberapa cadangan yang dapat membantu anda untuk memanfaatkan sepenuhnya perkongsian ini.
Apakah tanggungjawab saya?
Perkongsian ini akan menjana pendapatan untuk anda apabila anda mempromosikan penyelesaian tersebut. Sekiranya anda tidak melakukan apa-apa, anda tidak akan mendapat sebarang imbuhan, namun begitu anda juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Jika anda ingin memanfaatkan sepenuhnya perkongsian ini, sila ikuti saranan seperti yang terdapat di dalam katalog idea dan gunakan bahan pengiklanan yang disediakan. Berapa banyak pendapatan yang boleh diperolehi adalah terpulang kepada anda.